Thursday, 28 January 2016

HIV (Pengenalan dan Cara Jangkitan)

Assalammualikum dan selamat pagi.Readers semua sehat?Ke tak bangun tidur lagi tu?hehe

HIV/AIDS

Poster masa sekolah dulu.. dapat no.2 
Tentang HIV

HIV(Human Immunodeficiency Virus) adalah sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menyebabkan jangkitan sepanjang hayat.

Virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit  secara perlahan-lahan.

Aids merupakan peringkat akhir jangkitan HIV dimana system daya ketahanan badan melawan  penyakit telah dilumpuhkan.

Mereka yag telah dijangkiti oleh Virus HIV juga digelar pembawa HIV jika menunjukkan tanda-tanda AIDS.

Cara HIV berjangkit:

  • Hubungan seks
  • Perpindahan  Darah dan Hasil Darah.
  • Ibu kepada Anak dalam Kandungan.

Jangkitan HIV/AIDS melalui hubungan seks?
Virus HIV berjangkit melalui hubungan seks tidak selamat dengan pembawa HIV atau pesakit AIDS.
Hubunga seks secara rambang dan bertukar-tukar  pasangan adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti Virus HIV .
Kebanyakan penyakit HIV di dunia medapat jangkitan melalui hubungan seks.

Jangkitan HIV/AIDS melalui darah
Virus HIV yang   terdapat dalam darah  pesakit HIV.AIDS dipindahkan melalui:

Perkongsian jarum suntikan   dikalangan penagih dadah.
Menerima  darah atau hasil yang tidak disaring,
Menerima organ yang tidak disaring,

Jangkitan HIV/AIDS melalui ibu Kepada Anak
Semasa dalam kandungan.
Semasa melahirkan.
Melalui penyusuan ibu selepas dilahirkan.

Semoga bermanfaat yup..   ^◕‿◕^ .bye  

No comments:

Post a Comment

Rindu tak? hehe

Assalamualaikum wb,hye.. Tak sangka ada juga yang tanya kenapa dah lama tak update blog..hehe,ingatkan tak da siapa sudi baca blog ni....