Friday, 29 January 2016

Senggugut(Cara kurangkan sakit senggugut)

Assalammualikum dan selamat pagi..
Hye girlss!Hye suami orang!mungkin nak tolong isteri kat rumah yang tengah senggugut sakit perut ker ..mana tahu kan..Okay berbalik pada tajuk asal..
Senggugut ni biasanya kena seminggu sebelum haid dan bila hari pertama akan menjadi sakit yang amat sangat..Sesetengah wanita juga ada yang sepanjang haidnya sakit  tak berkurang...bergantung kepada hormon  dan ketidakstabilan  organ pembiakan seseorang..Senggugut teruk biasanya dialami oleh remaja yang baru meningkat dewasa..anggaran 20-45 tahun..Mereka membuat pilihan dengan makan ubat doktor ataupun makan ubat ''pil killer'' .Tahukah anda,ubat-ubat ini semua ada effectnya sendiri..Antaranya mandul,sakit buah pinggang dan gastritis..
         Tapii! Andai kata memang dah tak tahan  yang ada sampai pitam tu boleh jer lah ambil..Bak kata guru sains aku .
''Ada sorang kawan cikgu aku time asrama dulu..sampai pitam dalam tandas .Tak sapa pun sedar,dah petang kawan cikgu aku baru sedar.Bila dah kahwen,tak da anak ''
In Islam,senggugut ni  kesan dari cakaran iblis..Cuba korang tengok,selalu kena senggugut wanita Islam ..kan? Iblis laknatullah tak nak umat Islam berkembang sebab tu dia paling suka dekat RAHIM perempuan.Aku tak tahu kesasihannya..

Nak ajar sikit untuk rawatan alternatif Islam
Ambil Madu yang original dan letak di atas sejadah , buat solat hajat 2 rakaat.
Kemudian,bacakan surah Al-Fatihah sekali,ayat kursi sekali, dan surah an Nahl ayat 69 sebanyak 21 kali(rujuk al-quran)
Setiap hari letakkan sesudu sudu  dan campur degan air suam.Minum.

Antara simptom senggugut ni:
Sakit rasa ditarik-tarik/perot rasa membuai/perot rasa dicengkam.
Hilang selera makan
Sakit melarat ke pinggang dan paha
Sakit sampingan seperti lemah,pening kepala ,loya,mual,sembelit,cirit birit,sakit dan rasa macam bengkak di payudara dan abdomen.

Senggugut ni biasa sakit dalam 1 hari-3 hari..ikut hormon seseoranglah..

Petua Elakkan Senggugut

Banyakkan minum air suam.Nak bagus lagi campur dengan air panas untuk pecahkan angin dalam perut.

Makan sayur-sayuran dan buahan.Elakkan juga sayuran yang berangin seperti kobis dan  terung.

Elakkan minum air teh,kopi,berkarbonat,alkohol(bukan Islam),milo.

Banyakkan bersenam.Berjalan 15 minit sekurangnya  time haid(majalah mana entah aku baca)

Banyakkan makanan berserat dan berkabohidrat.Elakkan diet yang salah..


Okay,itu jer yang serba sedikit boleh aku bantu...Selamat menempuh TPPA ^◕‿◕^
bye, ^_^

                       ⓢ   ⓣⓤ  


No comments:

Post a Comment

Rindu tak? hehe

Assalamualaikum wb,hye.. Tak sangka ada juga yang tanya kenapa dah lama tak update blog..hehe,ingatkan tak da siapa sudi baca blog ni....