Wednesday, 3 February 2016

Kerabu Mangga Siam Style

Assalammualikum dan selamat pagi..
Disini Dylah nak share resepi  dari rakan facebook Dylah..





Bahan-bahan:
6 Biji mangga muda yang kecil(kupas kulit,sangat halus)
3 Batang serai (dimayang halus)
4 Biji tomato (potong panjang-panjang)
10 tangkai cili padi (potong halus)
1 Sudu  besar udang  kering (cuci,tos dan ditumbuk halus)
4 Sudu besar kacang tanah (goreng tanpa minyak,tumbuh kasar)
4 Biji limau nipis(ambil jusnya)
Sos nampla@sos ikan@sos sotong (baunya seperti budu sedikit  cuma tidak sekuat budu)
Gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

1.Campurkan mangga ,serai,tomato,cili dan udang kering .Gaul rata,

2.Perah asam  limau,masukkan  sos nampla  dan perasakan  dengan gula.

3.Tabur kacang tanah atau digaul bersama dengan kerabu.


Dah jadi...Share ya ^_^

Oklah bye..

Panaskan Badan Di Musim Hujan Dengan Resipi Hot Chocolate Yang 'Extra' Sedap Ni!

No comments:

Post a Comment

Update baru!

Assalamualaikum wb,Hye semua... Maaf lerrr dah lama tak  update blog. Sibuk sikit dengan kesihatan tak menentu.Tadi,pergi klinik.Doktor n...