Wednesday, 30 March 2016

Sekadar luahan

Ya Allah...kenapa susah sangat aku nak lupakan kau..
Setiap saat..setiap detik...tak keruan bila tak tegur ..tak nampak ..Hmm
Aku manusia yang paling bodoh ..sebab ...masih menunggu orang yang tak akan menjadi milik kita..
Patotnya aku kena sedar..aku  tak layak untuk dia..
Aku tak ada sikit pun ciri wanita idaman dia..
Dia kuat agama..tapi aku? Astaghfirullahalazim.

Semoga aku cepat lupakan dia ...Hati aku sakit sangat melihat permainan dunia..
Sampai bila aku  baru dapat nak terima kenyataan.Semoga aku menjadi seorang manusia yang reda dengan ketentuanNya.
Dah 4 tahun lebih mencuba untuk lupakan kau tapi kenapa susah sangat!
Kau lain dari lelaki kat luar sana.
Mungkin sebab first time aku jatuh cinta..Haha
Dulu bukan kemain hati batu aku..macam tak da perasaan.
Last2 sendiri yang jadi gila..huhu

Perkara yang aku tak suka bila melihat kau sedih,badmood,risau,mak kau sakit dan lain2 ...aku nak kau gembira je sentiasa..
Aku boleh terima hakikat kalau kau halau dan terus halau aku...tapi..satu aku minta TOLONG! jangan lukakan hati sendiri..Aku tahu kau baik...aku tahu aku bukan sesiapa kau..tapi..jangan habis madu sepah dibuang.

Aku tak kisah kalau dengan marah aku atau mengherdik aku boleh buat kau gembira..teruskan..dan..teruskan..
Dulu mungkin aku ada peluang tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku nak..Aku suka kau tapi aku tak nak COUPLE! haram..
Aku hanya ingin mengenali kau tapi tak semestinya kau akan menjadi orang yang bersama sepanjang hidup aku.

Baru-baru ni mudah je kau cakap ...kawen je terus...kau ingat aku tak ada maruah ke? aku pun ada perasaan jugak..Lepas ni aku akan tahan jiwa dan hati aku dari terus berhubung dan jaga hati kau..Biarlah aku terluka sekarang walaupun tak tahu sampai bila dari terus melihat kebahagiaan kau dengan orang lain sedangkan aku terluka..
Aku dah banyak lukakan hati orang yang aku sayang..Aku tolak semua lamaran kawan aku sebab seorang lelaki yang tak pernah hargai aku langsung.Sedangkan 3 tahun kawan aku tunggu aku.. Tapi aku belajar suatu benda CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA ^_^

Aku harap kau dapat jumpa dengan seorang wanita solehah yang berpurdah kau tu dan bahagia membina keluarga yang sakinah :)

sekian ,wasalam

No comments:

Post a Comment

Rindu tak? hehe

Assalamualaikum wb,hye.. Tak sangka ada juga yang tanya kenapa dah lama tak update blog..hehe,ingatkan tak da siapa sudi baca blog ni....