Tuesday, 31 January 2017

Khasiat surah Al-Falaq dan surah An-Naas

Assalamualaikum wb.

Khasiatnya:

1.Aisyah r.a. menerangkan: Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam  apabila   hendak  tidur, beliau membaca  surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq  dan surah An-Naas.Ditiupkan  pada  kedua  tapak tangan kemudian  disapukan ke seluruh tubuh  dan  kepala.

2. Sayyidina Ali r.a.  menerangkan :Pernah Rasulullah  s.a.w. digigit    kala,kemudian  beliau mengambil air garam .Dibacakan  surah Al-Falaq   dan surah An-Naas  lalu disapukan  pada anggota yang digigit  kala tadi.

3.Uqbab bin Amir menerangkan :ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama  dengan Rasulullah s.a.w. beliau membaca surah Al-Falaq dan An-Naas dan akupun disuruh beliau juga membacanya.

4.Barangsiapa  terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan  atau manusia ,hendaklah  membaca Al-Falaq dan An-Naas  sebanyak 41 kali .Tiga , lima hari ,atau tujuh  hari berturut-turut .

5. Siapa takut  akan godaan  syaitan  atau manusia  atau takut  dalam kegelapan ,malam ,atau takut  kekejaman Raja ,bacalah surah Al-Falaq  dan surah An-Naas  sebanyak 100 kali.

6. Uqbab menerangkan ,Rasulullah  s.a.w.  berkata kepada daku :Mahukah kuajarkan kepadamu dua buah  surah tidak  terdapat  bandingannya  dalam  Zabur,Taurat dan Injil?'' Saya menjawab :''Baiklah  ya Rasulullah .'' Kemudian  Rasulullah  s.a.w.  membaca  surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

sumber:blog lama Dy

4 comments:

Rindu tak? hehe

Assalamualaikum wb,hye.. Tak sangka ada juga yang tanya kenapa dah lama tak update blog..hehe,ingatkan tak da siapa sudi baca blog ni....