Tuesday, 28 February 2017

Kerenah memang pelbagai.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Setiap manusia memang berbeza tingkah lakunya..
Ada yang  cepat marah,
Ada yang cerewet..
Ada yang busuk hati
Dan..ada berbagai yang lagi huhuhu..

So,bagaimana nak sesuaikan dengan keadaan?
Sabar.
Ubat yang paling terbesar adalah dengan bersabar..
Tidak kisahlah sama ada penerima atau penghantar ..huhu

Bab ni memang dy agak failed juga..Sebab dy ikut mood dan ikut kepala sendiri.
Kalau rasa nak buat sesuatu  tu..dy akan buat..kalau dy tak nak dy ikut mood juga huhu..
kalau dah terpaksa buat juga.. peningkan ayat dy? hehe

Kadang orang rasa diri dia bagus dan pandang rendah terhadap kelemahan orang lain,padahal dia tak sedar  ''rasa diri bagus tu juga merupakan kelemahannya'' .

Cuba terima orang lain yang cuba menyemai kasih antara persahabatan dari kekasih yang menabur kejahilan.

Apa yang dy nak simpulkan,

Kelakuan boleh dikawal oleh diri sendiri,kalau rasa diri tu kaku untuk berbuat baik .Sekurangnya janganlah berhati busuk tapi jangan lupa orang yang baik hanya kaku untuk melakukan hal yang busuk.




Sunday, 26 February 2017

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Firstly, dy ucapkan thank you kepada  blogger  Cik Candy yang sudi invite dy join GA ini di Cbox . Lambat join disebabkan hal-ii tertentu πŸ˜€.
So,dy nak jemput semua para blogger yang ada di Malaysia ni untuk join dan meriahkan  GA ni..syaratnya cukup mudah.. 
Klik banner dibawah  untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk join..

Luahan rasa.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
Sambil nak tunggu maghrib...nak update blog kejap..

Seperti sedia maklum,dy masih belajar ...tapi..
Hmm ,macam ni..dy memang tak da hati nak kahwen sebab belum masanya lagi cuma baru-ii ni..ada orang CUBA nak ajak dy kahwen.. Jarang bercakap, only mesej benda penting...Dy nak belajar lah..Aishh..  lagipun dy memang susah nak sukakan dan percayakan lelaki.Muda lagi kot...carila yang sekufu dan sudi dengan kamu.Jangan cuba nak masuk line.

Dy cukup tak faham..
Dy tak lawa,
Dy tak berpelajaran..
Pleaselah,cari orang lain..ramai anak dara kat luar tu but why you choose me?
Apa yang dy ada?

Why!!!

Nak jadikan dy orang gaji kamu? Nak jadi bahan ketawa kau?


Aku seronok hidup single..belum sampai masanya lagi aku  nak jaga makan minum anak orang..tolong faham.





Saturday, 25 February 2017

Elakkan diri dari dirogol jin.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Sesiapa yang selalu sangat kena tindih semasa tidur tu hati-ii lah ye.. Mungkin sampai satu tahap  bukan setakat kena tindih tetapi lebih pada tu..faham kan? Kalau korang pernah dengar cerita mengandung tanpa suami (bukan anak luar nikah) , mengandung 11 bulan tup-ii hilang baby dalam perut dan sebagainya.Mungkin ada yang mengatakan .. tu semua mengarut.. mitos dan bla bla ..
But,dy yakin.. tiada yang mustahil..


Ini beberapa cara yang dy nak kongsikan

Cara Elakkan diri dari dirogol jin/syaitan:

1.Sebelum tidur baca surah 3 Qul , dan tiup pada tapak tangan lalu sapukan .Baca doa tidur.
Tambahan: Baca ayat kursi, basmallah 21,doa haikal (7doa tu).Pakai seluar/kain menutup semua kaki ..


2.Berpuasa.
Ketahuilah bila kita berpuasa,syaitan/jin tidak suka berdamping dengan kita. Puasa juga dapat menahan dari nafsu yang jahat.

3.Rukyah.
Ada sesiapa berani rukyah diri sendiri? nak tahu cara mengesan jin dalam badan kita? boleh pm di ig:cikdylah. Namun,sebaiknya korang pergi berjumpa dengan ustaz2/ahli pakar perubatan Islam. Jangan bagi jin/syaitan menguasai/bersarang dalam badan.


4.Jangan tidur diruang tamu.
Ini dy tak berapa pasti sama ada betul atau tidak.. tapi apa yang dy tahu.
Syaitan/jin ni suka  berjalan diatas tengah palang(atas syiling/kayu di atap) .

5.Jangan Mandi  tanpa berpakaian.
Pakailah kain basahan semasa mandi bagi mengelakkan jin/syaitan terpikat dengan anda.

Kalau tak faham boleh bertanya, mungkin penyampaian dy yang memeningkan anda huhu..

Apa yang dy nak cakap ni mungkin isu sensitif tetapi tahu tak?

Disebabkan perkara ni, kemungkinan sesiapa yang dirogol oleh jin/syaitan akan kehilangan 'maruah'nya tanpa sedar atau tidak sedar sama ada lelaki atau perempuan.

wallahualam.

Sunday, 19 February 2017

Dy student stpm?

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera..

Hi,semua..sihat dop???Hari tu dy ada perasan ada orang tanya dy ni student stpm ke ?dekat cbox.Dy tak sempat nak jawab ,so dy jawab dekat entry ni je lah ya. πŸ˜„



Selepas SPM,dy tekad nak kerja .Masa tu keputusan tak keluar lagi. Dy kerja dekat sebuah  kedai pakaian .So,kenapa dy berhenti kerja ?ada suatu kejadian  yang takkan dy lupa sampai bila-ii. Nasib dy tak kena tangkap polis tau huhu :')

So,for the question,Yes,i'm student STPM . Dy tolak semua tawaran walaupun dulu minat juga medic ni tapi lepas tengok yurannya..Mashaallah,dy masih muda .. baru je nak belajar..tak dapat kerja lagi hutang dah menunggu.Betullah kata my beloved teacher..

''Belajar untuk dapatkan kerja,kerja untuk bayar hutang''

Namun,nak buat macam mana.. ada yang berkemampuan,ada yang sebaliknya..So,dy masuklah STPM ni dan what you need know,dari dulu sampai sekarang sikit pun dy tak pernah pandang rendah dekat form 6 ni.Cuma takut dy ni jenis slow..takut tak boleh bawak..huhu

Lagipun,abang idola dy pun masuk STPM,kalau ada rezeki nak jugak merasa pergi belajar dengan abang idola dekat UPSI(degree).Boleh balik sesama nanti.. Ceh, berangan lebih.. huhu
Alamak,sebelum korang terngumpat dy.. Abang idola dy tu abang kandung dy tau,bukannya crush ke crunch ke,coconut ke bagai okay..

Dy masa SEM 1 memang jenis kat sekolah belajar,kat rumah buat 3 kerja.. apa dy buat? shhhh rahsia hehe...Penting,tak susahkan korang..huhu.Alhamdulillah,hari khamis hari tu keluar keputusan SEM 1 semua lulus walaupun pointer pada dy  memang dah anggap gagal.So,nak repeatlah nanti.. kerja aku dari SPM hingga STPM merepeat je kan?hahaha.. Meh baca disini--> pengalaman spmu 

Aish, over pulak dy menjawab.Padahal boleh je jawab ya atau tidak..Namun,kerajinan terlebih had  kali ni hukhuk.. Sori ya sis Sera..

Akhir kata, Yes dy merupakan pelajar STPM ..doakan dy and my candidate supaya semua berjaya yup  πŸ˜Š


about dy 

Nak tanya pape lagi,boleh tinggalkan komen anda..huhu




Cadangkan please? :)

Assalamualaikum wb..Salam sejahtera,,

Dalam seminggu ni,dy tak tahulah..jeragat naik gila2 siap bawak geng huhu.. Pakai putih telur je, ni kurang sikit.. Tapi tak sepenuhnya..

Dy nak tanya ,ada tak cara nak  hilangkan blackhead/bintik-bintik hitam SAHAJA .

Tidak memutihkan wajah dari warna  asal,murah ,merkuri dikawal,sesuai untuk remaja,terbukti berkesan..no testimoni menipu..

Tidak kisah petua atau produk yang penting MURAH hehe.. 

Ada sebarang cadangan?drop your comment..Thank you πŸ˜€

Kiamat Sudah Dekat masih relevan

Assalamualikum wb
Salam sejahtera.

Ingat lagi tak beberapa tahun dahulu, dy tak ingat umur dy berapa time tu.Cerita kiamat sudah dekat memang menjadi kegemaran  malah sampai sekarang pun masih layan lagi.Lebih lagi emak dy,sungguh minat dengan cerita tu.
google

    Dulu mak tak tahu boleh tengok dekat internet, tahun lepas dy cakap kat mak,baru mak tahu. .mak suka   tengok cerita tu,dy buka kan kalau dy tak busy.Oppss terlebih cerita pula huhu..

Apa yang boleh dikatakan tentang filem ini.

     
Fendi merupakan anak orang kaya yang sudah lama menetap di luar negara.Apabila ,Fendi pulang menjadi guitaris (artis)  band nya . Suatu kejadian  yang tidak disangka ,Saprol(seorang budak lelaki) telah menemukannya dan telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Sarah anak kepada Haji Romli.. Sememangnya, Fendi tidak tahu tentang agama termasuklah keluarganya iaitu ayah,emak dan adiknya. Haji Romli, memberikan 3 syarat kepada Fendi jika ingin berkahwin dengan Sarah.Namun,Haji Romli mempunyai pilihan untuk Sarah  iaitu Farid, belajar di Cairo,Mesir.Hal ini,membuatkan Fendi semakin bersemangat untuk menunaikan  syarat tersebut. Satu persatu syarat dah tertunai tetapi syarat ketiga sangat sukar untuk dia temukan jawapan . Dapatkah Fendi menunaikan syarat ketiga Haji Romli? Fendi atau Farid yang akan berkahwin dengan Sarah? Mari tengok di You tube  Kiamat Sudah Dekat 

sumber:google:stafaband HG

Suka tengok masa Fendi tepi pantai tu,ayat berbunga.Ketika Fendi sudah berputus asa.




Filem ini,memang ada lawak,cinta(tak sangat ) namun,perubahan yang dihadapi oleh seorang yang tidak tahu beragama lebih baik dari seorang yang tahu agama.Buktinya,Farid ada kekasih tapi Fendi tidak ada walaupun dia tidak tahu agama (Ikhtilat + Couple =haram) . Selain  itu,apa yang aku nampak Farid ni berbangga dengan kelebihan dia dan mudah ingakari janji.Fendi ni memang kadang nampak lurusnya,tapi kelurusannya membuatkan filem ini unik.



Pada Akhir cerita ini,apa yang aku dapat simpulkan. Belajar agama kerana Allah,bukan untuk mendapatkan hati manusia. Itulah apa yang cuba Haji Romli lakukan.Banyak pengajaran yang boleh kita contohi.Yang mana baik ,kita ambil.Mana yang sebaliknya dijadikan peringatan.

Korang pun mesti pernah tengokkan?hehe




Friday, 17 February 2017

Tips Mengajak Ibu,ayah,keluarga yang keras kepala untuk bersolat.


Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Terima kasih telah mengklik entry ini.

Bila dalam keluarga kita ,ada yang tak reti mengaji tapi tak nak belajar..apa nak buat?
''Kawan Dy ada cerita yang ayahnya tidak pandai mengaji tetapi tidak mahu belajar. Ada juga dia dan ibunya ajak supaya belajar tetapi dia enggan kerana takut maruah dia jatuh.''

Wahai para lelaki sekalian.Tidak kasihan dengan anakmu yang sangat menginginkan perubahan yang lebih baik dari kamu?
Maaf sebab ketika itu,dy buntu nak bagi jawapan apa.Apa yang dy nasihatkan hanyalah menyuruh dia untuk berdoa dan berdoa .Jangan berputus asa.

Dy ada kumpulkan perkara yang difikirkan sesuai dilakukan untuk mengajak keluarga yang tidak pandai  mengaji  tetapi tidak mahu belajar terutamanya  solat.


1.Berdoa.
Tiada apa yang boleh membatasi dengan doa.Jika Allah kehendaki pasti tertunai.Jika Allah kata sebaliknya wallahualam.Teruskan berdoa supaya mereka berubah.Dalam pada masa yang sama jadi motivasi terhadap kita supaya istiqamah.

2.Nasihatkan.
Ibu atau bapa yang malas untuk solat nasihatkan supaya mereka solat.Luangkan masa bersama mereka untuk bercerita tentang hal-ii keagamaan.Kalau free tu cuba sekali sekala, buka video ceramah azab api neraka untuk orang yang tak solat.Walaupun mereka sibuk buat kerja lain,pasti secara tidak langsung mereka akan terdengar dan tersentuh walau untuk beberapa saat.


3.Menjadi contoh.
Anak seharusnya pandai memainkan peranan dalam mengambil hati ibu bapa dalam mengajak ke arah kebaikan.Anak boleh mengajak ibu bapa solat jemaah bersama-sama.Pasti ada ibu bapa yang memberikan alasan seperti penat,sibuk,uzur 24 jam dan sebagainya.Jangan sesekali putus asa!Sebagai anak, pasti kamu ingin bersama ibu bapa kamu berjaya diakhirat bukan? . Solatlah...

4.Bersembang.
Rapatkan diri dengan mereka.Ada anak yang tidak begitu mesra dengan ibu bapa.Mungkin disebabkan ibu bapa yang sibuk atau anak yang sibuk dengan pelajaran.Apabila kamu rapat dengan mereka,pasti lebih mudah untuk kamu sembangkan tentang hal yang lebih mendalam.Gunakan kata-kata kiasan yang tidak menyinggung perasaan mereka.Kita perlu hormati mereka juga walau bagaimanapun sikap mereka.

5.Bersabar.
Dalam hal ini, banyakkanlah bersabar  jangan putus-ii  untuk usaha. Ego yang pecah pasti akan lentur juga suatu saat nanti.


Kesimpulannya, sesiapa yang mempunyai keluarga yang liat untuk solat dan belajar mengaji banyakkan berdoa dan usaha .Semoga Allah makbulkan apa yang hajati untuk berjaya didunia dan akhirat.

Jika ada tambahan tips lain bolehlah komen dibawah ini 🌼

Thursday, 16 February 2017

Result.

Assalamualaikum wb..Salam sejahtera..
Rasa lama dy tak berblogging.. hee mana yang BW tu thank you yupp..tak sempat nak balas lagi..


Taniah yang mana dapat pointer sangat2 baik tu..Yang mana sederhana dan kurang baik,jangan risau masih ada lagi peluang.. Usaha!moga Allah reda...

Tapi, memang down gila kan,bila kita dah usaha bersungguh-sungguh,korbankan pelbagai perkara tapi dapat hasil yang kurang memuaskan.Jangan risau!Allah akan ganti atau beri yang lebih baik.Cuba lagi..

Bangkit...jangan putus asa..

Moga,Allah reda.

Monday, 13 February 2017

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

Ontah.

Hi!!!

Assignment tak siap,kerja sekolah tak siap..tapi masih duduk relax.. mintak2 tak dalah pertunjukkan free show fail terbang kejap lagi..huhu..


Sunday, 12 February 2017

Kenapa asal status 'janda' je...

Assalamualaikum wb.
Salam sejahtera.

Usia muda tidak menjadi penghalang untuk seseorang menjadi ''janda''. Ada yang ditinggalkan suami dan ada juga bercerai mati.

Pelik tak dengan tajuk entry dy atas tu??
Okay, sebelum tu..dy  tak  pernah nikah dan kahwin lagi ..bukan janda ok.  Ada seorang perempuan ni..kenalan rapatlah juga. Gelarkan akak je lah ea. tua setahun dari dy. ...tapi jodoh tak panjang ,tahun lepas mereka bercerai... kalau sesiapa yang ada like page kisah rumah tangga ada kes laki dera isteri tu akak la mangsanya..Okay tu lantaklah..

''Akak menyesal,dulu berhenti matrik semata-mata nak kahwin dengan si S tu tapi kesudahannya...''
Lebih kuranglah ayatnya tu... macam-ii lagi dia cerita.
.
Akak ada cerita dekat dy,dalam 8 bulan setengah dia menjanda,macam-macam rintangan yang ditempuhinya. Lebih lagi mulut-mulut jiran dan masyarakat.Mulanya,  akak kerja sebagai pekerja kantin di dot dot setelah bercerai.. Ada mak cik ni tuduh akak cuba nak goda laki mak cik tu.. Sampaikan akak diberhentikan kerja .Tak sampai seminggu kerja dah berhenti...

Kemudian, akak  dapat kerja sebagai cleaner di hospital dot dot.. Ada seorang doktor ni jatuh hati pada akak.Mulanya,akak tak nak dan awal-ii lagi dah beritahu yang akak janda.Lebih lagi akak kerja cleaner je disitu. Dalam seminggu mereka makin rapat. Padahal baru seminggu. Doktor tu ajak akak kahwen. Akak takut juga sebenarnya,trauma yang lepas pun tak hilang lagi. So, akak kata  lebih baik kawan biasa je dulu. Tapi doktor tu beriya-iya nak kan akak sampai nak bawa akak pergi jumpa minta restu kat mak ayah doktor tu.

Akak kata nak bawa abang akak sekali,sebab akak tak berani nak pergi sorang-ii dengan doktor tu. Abang akak tengah cuti sem.Terkejut juga lah abang akak tu, ya lah..takkan tak serik kan? lagi pula doktor tu serius ke? hahhh..macam-ii disoalnya.Kebaikan akak jugak kan..

So,mereka pergilah berkenalan dengan mak ayah doktor tu. Masa mereka borak-ii, mak doktor tu tanya,tak kisah ke hidup bermadu? perghh tercengang akak. Abang akak apa lagi .Tarik tangan akak ajak balik. Sejak tu,abang dah bagi amaran kat akak, jangan mudah percaya kat orang.Setiap hari akak cuba mengelak dari doktor tu  walaupun beribu kali minta maaf. Pernah sekali tu, isteri doktor tu serang akak kat tempat kerja. habis basah kena simbah dengan air kotor dan jadi bahan makian nya. Tapi serius lah akak cakap,isteri doktor tu cantik,bergaya,muslimah...Dah kalau dapat tahu laki ada perempuan lain memanglah marahkan?sikit pun akak tak dendam. Last-ii akak berhenti lagi kerja.

Sekarang ni, akak tolong nenek akak pergi berniaga.


Mungkinlah,bukan semua yang hadapi perkara sama. Kepada semua yang membaca, bukan semua janda yang gilakan lagi orang, suka goda orang dan perkara negatif yang  korang fikir.Mungkin sesetengah je yang macam tu. Mereka ada perasaan, perlu buat sesuatu untuk teruskan kehidupan.Status bukan meletakkan perangai seorang.. Tak kisahlah dah kahwen atau belum, janda atau duda.. semuanya bukan terletak kepada STATUS seseorang.

-Jika entry ini ada menyinggung perasaan mana-ii pihak,diharapkan ribuan kemaafaan-

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Assalamualaikum wb.
Salam sejahtera.
Hari ni dy excited nak join GA dari bloggeri Kimchaa.. sebab berkaitan buku..Kalau ada rezeki Insyaallah bolehlah tambah koleksi buku.. hehe.
Dy,tertarik dengan semua buku ni tapi rasanya pilihan hati adalahhhh Paranoia dan juga Awek Chuck Taylor.
.
Dijemput untuk  korang untuk join sekali,meriahkan GA ini. sila klik banner dibawah ini yup 😏

GA ini Bermula semalam iaitu 11/2/2017 hingga  4 /3/2017.
     2.Ana Suhana.


        Saya nak menang buku Paranoia kerana salah satu genre yang saya suka merupakan kisah misteri ,seram dan penuh dengan kejutan .Malahan,buku Paranoia ini saya tidak pernah membacanya lagi  dari buku paranormal hinggalah buku ini. Buku Paranoia yang penuh dengan misteri ini sangat menarik perhatian saya sehingga pasti ada yang membacanya turut mengalami perasaan persis seperti didalam kisah tersebut. Sedikit tentang paranoia,paranoia merupakan  masalah mental yang dialami seseorang yang merasakan diri mereka dikelilingi oleh bahaya .Tapi,dy tak tahulah ada kena mengena tak dengan buku ni.Dy kan tak baca lagi .Buku Paranoia ini juga diharapkan  boleh menambahkan lagi bahan bacaan dy dan meambah koleksi buku dy seandainya diberi peluang.Dy ada baca pelbagai komen negatif di goodreads .Namun,belum baca belum tahukan.Lain orang lain citarasanya.Sinopsis untuk buku ini boleh baca dy blog empunya GA ini Kimchaa

Jika ada rezeki Alhamdulillah , jika tiada mungkin rezeki untuk orang lain yang lebih berhak.Insyaallah.


Friday, 10 February 2017

Jangan matikan hati dan perasaan.

Assalamualaikum wb.Salam sejahtera.
Rasa lama je tak tulis entry.Padahal baru semalam huhu.

Okay, hari khamis haritu, kawan lama Dy mesej. Dy difahamkan dia baru sahaja sembuh cuma tak sepenuhnya lah. Sebelum ni, dia ada masalah ingatan dan ikut kata family untuk bertunang. So, sekarang hati dia waswas untuk teruskan hubungan tersebut atau terkandas ditengah jalan huhhh... Sebulan sahaja lagi,dia akan bergelar isteri.




Can you imagine?
Pendapat dy lah kan.

First,buat solat istikarah dahulu.Solat istikarah sebaik-sebaik jawapan dan jalan.Jika rasa dia adalah jodoh teruskan tetapi jika rasa sebaliknya jangan sesekali memaksa hati. Namun ,ustazah dy pernah berkata ,kalau buat solat istikarah sekalipun dalam pada masa yang sama kita ingat dekat orang lain kadang itu bukan jawapan dari solat istikarah tetapi mainan hati.

   Contohnya . A (perempuan) simpan hati dah lama dengan B ,tapi pada masa yang sama C hadir dalam hidupnya. Tapi A tak da perasaan dengan C..So,A buat solat istikarah.. last-ii jawapannya, hidup dengan B. So agak-ii jawapan dari solat istikarah? Mungkin ya dan mungkin tidak.Jadinya, berusaha menyeimbangkan sesuatu.

Yes,dy bukanlah orang yang terbaik memberi nasihat atau pendapat.Sedangkan dy sendiri gagal dalam percintaan..puih ayat.. mintak sepak 

Apa yang dy nak tekankan dy disini:
1.Solat istikarah.
2.Dekatkan diri kepada Allah.
3.Muhasabah diri.
4.Jaga ikhtilat.
5. Bahagiakan diri dan mak ayah.
6.Jangan terdesak.
7.Fikir sehabis baik.


Come on,  kita muda lagi,tapi kalau jodoh kau awal ..terima jer lah.Jika kau tak berjodoh tutup cerita teruskan kehidupan. Rasa-rasanya jawapan dy semuanya buatkan dia makin pening kepala nanti..huhu.

Okay,bye.

Thursday, 9 February 2017

Think Before Your Talk

Assalamualaikum wb,hi everybody.

How you feel if someone like judge you? But, you not do anything fault !I am very sad last day. I  know, i not intelligent,not creative and i not beautiful like her.You  insulting me and you say anything what you want say like you are the princess in the world.You think i do the work with easy? I am very busy but i still doing the work.So,if you think you can do the work..Why you want me do it.. You also like judge,but yourself is zero..





P/S: Banyak kesalahan grammar,struktur ayat,vocabulary dan sebagainya. Silakan,komen dibawah ini sama ada ingin membetulkan ayat saya ataupun tips dan sebagainya.

Tuesday, 7 February 2017

Luahan rasa hari ini.

Terima kasih F sebab tenangkan aku hari ni.
Memang serabut gila.
Terima kasih kau faham apa yang aku rasa hari ni.
Maaf juga kau terpaksa tengok aku nangis.
Hanya 3 minit aku nangis..sepanjang aku belajar setahun beberapa bulan ni
Tak pernah nangis kecuali  disebabkan 2 benda..
Pertama,selepas tahu aku ada penyakit beberapa bulan yang lepas ... dan sekarang sebab benda remeh...

Kadang kita tak nak pun  rasa menangis,tapi air mata yang keluar tak berhenti-henti..

Harap walaupun baru 2 bulan lebih kau duduk sebelah aku.Walaupun dah kawan dari sekolah rendah.
Aku harap kita akan terus berkawan dan jangan lupakan aku.

20-2-2017  .

Moga kau berjaya.
Kita sama-ii berjaya...
Aku tahu kau boleh...

Off

Off blog untuk beberapa hari.Ada masa,dy update lagi,huhu.

Berhenti Buat kerja bukan berhenti bekerja..aishhh.

Monday, 6 February 2017

Duit Mengalir bagaikan Air...Tak Perlu Modal !

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Tadi godek-godeklah  Blogger  Syahirah Ismail. Dy terbaca satu entry yang dipost iaitu tentang  ''Jana Income Tanpa Modal Dengan Antzcommerce''

Antz Commerze merupakan suatu program  earn yang tidak perlu mengeluarkan modal.Jadi,anda tidak perlu risaukan apa-ii kerana ia PERCUMA.

Apa yang best tentang Antzcommerce:
⇢Modal tak perlu keluar sesen pun .
⇢Rajin share link anda dan selalu  promote ,income akan  lebih banyak masuk.
⇢Mudah promote dilaman sosial seperti FB,Wechat,IG,Twitter dan sebagainya.

1 pelanggan yang register pada link tersebut kita akan dibayar sebanyak RM 30.50 ..Hahhh banyak kan?

Nak daftar?Klik link dibawah ini
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
http://reseller.antzcommerce.com/register.aspx?id=CikDylah

Anda buat,anda dapat! Usaha tangga kejayaan.

Kalimat Tammah-Penjelasan

Assalamualaikum wb.

Ketika  Rasulullah s.a.w.  sedang  dalam perjalanan  ke Israa',  sebelum sampai  ke tempat yang ditujui  tercium  olehnya bau  yang harum  , bau Masitah  penyisir anak  Firaun .Di situ  Nabi s.a.w.  melihat Afrit  yang mengikuti   dari belakang  dengan ubur api  pembakar kebenaran   hendak  membinasakan   Rasulullah  s.a.w.  Malaikat   Jibrail mengajarkan   kalimat sakti  (Kalimat Tammah) untuk menolk  dan menghancurkan   Ifrit tersebut .Kalimat  itu dibaca  oleh Rasulullah s.a.w.  maka Ifrit tersungkur   jatuh di atas tanah   terbakar menjadi abu   oleh api obornya  sendiri  .Maka  dengan  ini kalimat   tersebut  dapat dipergunakan untuk mengusir  Ifrit dan  syaitan   yang hendak  melemahkan keimanan kita   dan untuk menghindarkan  diri dari kejahatan   manusia  yang mengikuti nafsu  syaitannya   dan dari segala   kejahatan apa saja   yang ada didunia ini.


Keterangan:

1.Kalimat yang sempurna:Kitab  Al-Quran yang berisi kalimat-kalimat  sakti tatacara pergaulan  ,ibadat ,anjuran ,peringatan ,keimanan,sejarah   berhikmat dan sebagainya.

2. Kejahatan yang turun   dari langit  :Bala ,wabak, udara  buruk , taufan ,petir ,riihul ahmar ,kuman-kuman ,penyakit  yang berterbangan  di udara dan sebagainya.

3.Kejahatan yang naik ke langit : Catatan  amal buruk  yang membawa  naik oleh Malaikat -malaikat  ke langit , ruh orang-orang jahat, iblis yang mencuri  berita  di langit  dan sebagainya.

4.Kejahatan  yang  terjadi  di muka bumi: Gangguan syaitan, jin dan manusia , binatang buas,kezaliman ,hasut,fitnah,buruk sangka,niat jahat,peperangan dan sebagainya.

5.Kejahatan  yang terkeluar  dari bumi: Gempa bumi,gunung berapi, gas beracun ,binatang-binatang   yang keluar  dari bumi , berbisa dan sebagainya.

11 Senarai Tabiat Tidur

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu
Selamat pagi ..Jam menunjukkan pukul 3:12 am.

Ada lagi ke yang tak tidur huhu?Okay,sebelum dy tidur dy nak bebel dulu disini.

Antara  searai Tabiat tidur :

1.Tidur awal, bangun awal

2.Tidur lambat. bangun awal

3.Tidur awal tetapi bangun lambat

4.Tidur sekejap-ii (asyik terjaga)

5.Tak tidur-ii

6.Siang tidur Malam berjaga

7.Malam berjaga siang tidur

8. Insomnia

9.Terpaksa berjaga

10.Siang malam asyik tidur.

11.Tak menentu.


Alright,Korang yang mana satu?huhu


Friday, 3 February 2017

Bedak Asas Pixy menjadi pilihan.

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
Selamat malam semua..

Dy rasa tertarik nak buat entry  tentang suatu produk ni iaitu    bedak asas  yang berjenama Pixy. Sebenarnya,Akak Dy yang syorkan Dy menggunakan produk makeup ni tau. Baru beberapa hari Dy guna memang baguslah dan Dy bagi 4 setengah per 5 bintang huhu .Tak boleh bagi markah overdosed huhu. .


Apa yang bestnya tentang Pixy bagi Dy?


          Bila first time dy pakai,time tu akak Dy suruh cuba nak tengok okay ke tak. Dy tengok muka Dy rasa licin je,memang rata tak dalah tompok-ii/bercapuk-capuk  kat muka tu.Lebih-ii lagi, Dy memang tak suka pakai foundation .So,bila first time gunakan produk ni Dy tengok jeragat kat pipi is a GONE! Haha tapi hanyalah untuk sementara jer..hukhukhuk...Tapi okaylah untuk orang yang malas nak guna foundation macam Dy ni hee.. Kalau korang guna foundation plus pixy ni ..Perghh lagi dapat hasil yang menakjubkan.Selain tu,bedak asas pixy ni kita tak perlu  memakan masa yang lama.. 2/3 minit je dah settle tepek ke muka....


Feedback Akak Dy : ''Bila kau guna nanti, jangan lupa basuh muka dulu dengan pencuci muka.Then,Basahkan span tu dulu.baru sapukan  bedak complex ni.Aku tengok kawan akulah dulu pakai mula-ii dulu.Aku tengok dia guna cantik je dan rata  kat muka ''


Penerangan tentang Pixy UV WHITENING TWO CAKE Perfect Fit Tropical Biege (Dy amik dekat kotak  produk ni)

Formula bedak yang menyatu sempurna untuk menutu ketidaksempurnaan kulit disamping memberikan riasan yang licin  dan tahan lama .Diperkaya dengan Minyak Squalane untuk mencegah kekeringan.

Formula 2-Way Whitening merupakan kombinasi Bedak Pemutihan Semula Jasi,derivatif Vitamin C dan Tabir Suria untuk menjadikan kulit lebih cerah sambil melindunginya daripada sinaran matahari.


CARA penggunaan"
Sapu rata dengan span kering untuk rapian semula jadi atau span basah untuk hasil yang lebih sekata dan tahan lama.
Dy syorkan guna span basah.

Perhatian:
Jauhi pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari meskipun anda memakai tabir suria.
Hindarkan produk dan sinaran matahari.

Okay,itu jerlah yang Dy nak kongsikan.

Kesimpulannya ,bedak asas  Pixy ni mudah,cepat ,ringkas dan menghasilkan  hasil yang menakjubkan!

Jika nak cuba produk ni bolehlah dapatkan/beli di kedai-kedai  yang berhampiran anda.. huhu




Thursday, 2 February 2017

Ayat Kursi

 
Assalamualaikum wb

Ayat Kursi diturunkan  pada suatu malam setelah hijrah .Menurut riwayat ,ketika ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu  malaikat sebagai pengantarnya,kerana  kebesaran  dan kemuliaannya.Syaitan  dan iblis   menjadi gempar  kerana adanya suatu alamat yang  menjadi perintang  dalam perjuangannya .Rasulullah  s.a.w. segera memerintahkan  kepada   menulis Al-Quran  iaitu  Zaid bin Tsabit r.a. agar segera  menulisnya  dan menyebarkannya  .

     Ada   terdapat sembilan puluh lima buah hadis  yang menjelaskan fadilat ayat Kursi, kerana di dalamnya  terdapat  perkataan Kursi , ertinya  tempat duduk yang megah  lagi yang mempunyai martabat.

     Dan bukan  yang dimaksud  dengan Kursi   ini tempat  duduk Allah s.w.t. ,tetapi  adalah Kursi  itu adalah syiar  atas kebesaran  Allah s.w.t. .

    Allah s.w.t. jadikan  Kursi meliputi  tujuh lapis langit dan bumi ,kebesaran  tujuh lapis langit dan bumi jika digandingkan dengan  kebesaran Kursi adalah seumpama  serumpun pohon ditengah padang  pasir  yang luas .Disamping kiri dan kanan Kursi yang megah  itu dijadikan  pula beribu-ribu Kursi  yang kecil untuk menambah  keindhan  dan kemegahannya , duduk  pada tiap-tiap Kursi itu Malaikat  yang menulis  pahala orang yang membaca ayat Kursi itu.

"Giveaway by Yanieninie"

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera. Jom join .Klik banner dibawah.