Tuesday, 25 April 2017

Kalau tak nak hormat orang,sila tinggal dengan kanibal.

Assalamualaikum wb,salam sejahtera.

Meh dy nak update blog sikit.Dah bersawang menyawang dah blog ni...hmm

Apa yang kau rasa bila diri tak dihargai? 

sedih?

Sakit hati?

Geram?

               dan seumpamanya?

Relax dulu.. Jom kita layan lagu  dulu di You tube Ismail Izzani-This TOWN  .Haha sempat lagi tuuu

Kita buat penat dan teramat penat,dengan kerja yang melambak .Buat kerja tu sampai tak tidur.Last-last begitu mudahnya kerja yang kita buat tu dihina..dan..lebih teruk kerja yang kita buat tu di *****.  Kalau bab pelajaran tu tak pelah kalau nak marah.Ini tidak, benda yang kecil dianggap besar.Puas kot orang tu buat kerja tu.Senang-senang je kau buat macam sampah yang tak bernilai. Macam mana orang nak hormat kita,kalau kita pun tak hormat orang.

Cuba kau ditempat tersebut,agak-ii kau mampu buat dengan kerja lain yang banyak?
Boleh ke? Aku tanya ni.. 

Tak pe aku jawabkan.. 
Mestilah bolehkan,Boleh bercakap dan komen kerja orang je.But you? penyibuk yang tak bertauliah. 
Sekian-  

Serius cakap lah wehh.. aku  bukan jenis yang suka nak marah orang tapi kalau sekali kau buat tak betul kat aku.Aku akan ingat sampai bila-ii.Walaupun masa tu aku dah maafkan kau. Sampailah satu saat,perkara tu hilang dalam fikiran aku.. itu pun aku tak pasti sama ada aku dah lupa atau tak.

Jenis aku,aku tak suka marah orang walau sebenarnya aku ni panas baran..Tapi,aku boleh kawal lagi.Melainkan kau buat aku betul-betul kecil hati/marah. Sebabnya,aku marah aku tak fikir dah aku siapa dan  kau siapa.. Pleaselah,respect orang.Kau ingat kau siapa hah..

Bila aku dah mula menulis  dekat blog aku ni.Thats mean,aku dah betul-betul sakit hati dengan kau. Berubahlah.. 

Memang orang tak nampak kau jahat.Sebab kau seorang pelakon yang handal.Depan cakap lain,belakang cakap lain. 

Inilah pepatah orang selalu cakap 

                  '' Jika kita terlalu baik dengan orang,orang akan pijak kepala kita''

Tak pe,aku tak kisah.Cubalah pijak kepala aku sampai dapat. Sampai kau puas.


Monday, 24 April 2017

Viral!!!Comel ... Adik kacau abang nyanyi..

Assalamualaikum,salam sejahtera..

2 hari yang lepas Dy ada tengok  satu video ni dekat satu page ni..
Comel je.. abang dia tengah nyanyi ,adik dia duk kacau ..hahaha .Suara dia pun okay,not bad,sedap jugak didengar....hehe

Teringat pulak kat abang dyla yang jauh di sana ..keh3



Boleh layan di You tube---> Syazwan Syahmi dan Arissa.

Atau di IG-->  syazwansyahmi_

Tuesday, 18 April 2017

Lirik Tergantung Sepi-Haqiem Rusli



Layan di You Tube -->Haqiem Rusli Tergantung Sepi

Cukup disini perjalanan kita
Menghukum diri
Mendera hati
ini terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
bernafas ragu menghembus pilu
perasaan ini
tergantung sepi


Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
bernafas ragu menghembus pilu
perasaan ini
tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Diseksa hati yang menagih
Harapan kasih  yang menjauh

Terpisah
dalam kekalutan
jiwa ...
yang digantung sepi

Mencuba..mencuba..menyimpulkan mati

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
mencuba
menyimpulkan mati
Namun,terputus jua

Diseksa hati yang menagih
Harapan kasih  yang menjauh

Terpisah
dalam kekalutan jiwa yang
tergantung sepi

mencuba ,mencuba
menyimpulkan mati


Jiwa yang
             tergantung sepi..

Saturday, 15 April 2017

Antara garnier light complete dan Alaisyah mana okay?

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..
semua readers and para blogger,,

Dy nak tanya soalan sikit.
Dy ada masalah jeragat/bintik hitam.Dah guna lama garnier tengok macam tak kurang pun jeragat.So,mana yang lebih better?cadangkan please...
bagi feedback ๐Ÿ˜€

Komen dibawah ini..

Friday, 14 April 2017

Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”


Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Maklumat lannjut boleh klik banner bawah ni,..jangan lupa join yup.
Mari kita memeriahkan GA ni..



Thursday, 13 April 2017

Jawatan Kerja yang Boleh Dimohon (Link-link/URL..)

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera..

Hari ini dy nak  tulis tentang link-link kerja .Mana yang tengah tanam anggur macam dy ni bolehlah mohon hehe.. kasar tak bahasa den?haha

1.SPA
Ofcourse ramai yang tahu tentang SPA ni kan? kerja kerajaan.besttt wuuu.. tapi yang tak bestnya susah nak dapat.so,teruskan bersabar dan berdoa yup. Mana yang minat bidang perubatan boleh klik separa perubatan.Memang bestkan andai kata dapat..hmm

Mohon di sini --> SPA


2.JobsMalaysia
Ini juga salah satu medium yang boleh korang cuba. JobsMalaysia menawarkan 2 sektor iaitu kerajaan dan swasta.

Mohon disini --> JobsMalaysia

3.PPUKM
PPUKM tengah buka peluang  pemohonan jawatan kosong. Silalah mencuba.
Tarikh tutup 17/4/2017

Mohon disini ---> PPUKM

4.UTM
Kerja kosong di UTM.

Maklumat lanjut dan pemohonan boleh klik disini ---> UTM



Alright,
korang cubalah mohon.

Jika terdapat  link-link permohonan jawatan lain bolehlah tinggalkan komen dibawah ini..sekian wasalam.

Sunday, 9 April 2017

Banyak hati terguris.

                                  Assalamualaikum wb,salam sejahtera. Hati mudah terguris.Tanpa kita sedar.Kita dah buat orang menangis.Lebih teruk,bila mereka sengaja nak sakitkan hati kita.Itu lebih teruk.


Tapi kita  janganlah simpan dalam hati. Nak ke disebabkan kita,orang tu diseksa diakhirat kelak?
Mereka cuma tidak boleh melihat kita bahagia.Jadi,biarlah mereka menginginkan apa yang mereka mahu lakukan.Kita disini  tetaplah tersenyum dan bertahan.Pasti ada kemanisan yang dirasai.Sehingga kita mendapat merasai Hallawatul iman(kemanisan iman)


Nak  bahagia buat 2 perkara ni:

1.Jaga Allah

2.Jaga hati


Sekian, terima kasih ๐Ÿ˜€



Sunday, 2 April 2017

Sayangkan anak kecil.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
Salam sejahtera..
Dah lama kan dy tak update blog?ada yang rindu tak ?hehe.. perasaaannnnnnnnnn...

Biasalah ,banyak kerja dy kena buat sebagai pelajar,Hamba Allah, seorang anak,pekerja dan mak cik keh2..

Jangan marahkan budak kecil.

Budak-budak bila kita marah,diorang akan menangis paling tak pun akan melawan cakap kita. Tapi, kesan yang akan diorang tanggung mungkin sehingga mereka dewasa.
Sayangilah anak-anak/budak kecil..

Jika tak sukakan budak sekalipun,jangan seksa diri mereka..
Jangan mendera mereka,
Jangan marah mereka..
Jangan tengking mereka..
Jangan pukul mereka..

Pupuk kasih sayang kepada anak-ii.

sekian..

"Giveaway by Yanieninie"

Assalamualaikum wb,Salam sejahtera. Jom join .Klik banner dibawah.