Saturday, 3 June 2017

Lirik selamat tinggal sayang (Haqiem Rusli)

Lagu baru dari Haqiem Rusli.Memang betul-ii feel kot..hehe.Good job!

Aku berhenti
Berhenti berharap
Untuk mendapatkan cinta darimu
Tak bisa kau melihat
besarnya cinta ini
padamu

**Ku selalu menangis
dan ku selalu bersedih
melihat engkau bersama yang  lain

Tersiksa jiwa ini
Terluka hati ini
Sayangku...


Selamat tinggal sayang
ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
ku tak ingin disakiti** (2x)


Selamat tinggal kasih
ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
ku tak ingin disakiti

Selamat tinggal sayang..

Boleh tonton disini--> Selamat Tinggal Sayang


Friday, 2 June 2017

Jangan menduakan jika kita tidak suka diduakan.

Assalamualaikum wb,
Salam sejahtera.

Apa perasaan korang seandainya dikhianati?
Bercinta bertahun- tahun, kahwin dah bertahun-tahun,anak pun dah ramai.Tup..tup..
salah satu antara korang  ada kekasih lain?

Contoh:Datanglah bekas junior masa sekolah dulu  mengenangkan zaman silam ,haha biasalah kan,kadang orang tak sedar pun.Tiba-tiba dah terlayan. Dah layan junior jatuh hati..dah jatuh hati,si suami  jadikan kekasih..dah jadi kekasih sama-sama suka.then, kahwen.Isteri pertama terabai. Barang keperluan dah tak endah.Anak-anak buat tak tahu je . Eh..jangan salah sangka.Bukan semua macam tu.Ada je yang masih prihatin walaupun ada bini baru.Hehe,bukan nak menyokong  tapi kenyataan.Namun, mungkin 1 dalam sejuta!

Okay,back to topic.

Cuba kita duduk disatu ruang,fikir.Apa perasaan kita jika kita diduakan pula.Mestilah marahkan? Tak puas hati? mesti fikir apa kurangnya aku?salah aku apa?

Fikir pula, si isteri dah penat jaga anak-ii,sediakan makan  pakai..bertarung nyawa melahirkan zuriat..

Macam tu juga isteri.Jangan sesekali buat isteri jadi tawar hati.Parah beb.

Kebanyakkan orang ,tak suka ditipu.Jika korang benar-ii dah syok sakan  dengan kekasih tu,daripada buat maksiat .Terus terang dengan si isteri mana tahu mood dia okay time tu.Kalau tak  diizinkan padanlah muka korang..keh3.. Walaupun korang tetap  boleh kahwen tanpa persetujuan isteri,please don't do this.Kenapa?nantilah aku cerita

~Jadi,janganlah menduakan jika kita tak nak diduakan.~


Moga dapat jodoh yang terbaik didunia dan diakhirat.

Thursday, 1 June 2017

Menjadi wanita kedua bukan pilihan dan bukan juga kebetulan.

Assalamualaikum wb,salam sejahtera,
Sebelum readers meneruskan pembacaan,dy minta maaf .Andaikata penulisan kali ini akan mengguris hati mana-mana pihak.

Salahkah menjadi isteri nombor dua? perampas?penganggu rumahtangga dan memusnahkan kebahagiaan orang lain?

Tapi..

bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyikan?

Ada pelbagai kisah kalau kita dengar bab poli ni. Ada yang isteri pertama sendiri  carikan isteri baru untuk suami.Sebab tak boleh mengandung,ada sebab tu lagi dahsyat.Sebab nak ada kawan.Boleh buat kerja rumah sama-ii dan sebagainya. Kalau dapat isteri pertama yang okay,Alhamdulillah kalian kan para suami? tapi kalau dapat yang ..hehe tak payahlah cakap.


Wahai para suami/bakal suami ..baca dari ayat dibawah..

''Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya),maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi:2 ,3 atau 4.Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,maka kahwinilah seorang sahaja,atau budak-budak yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak  berbuat aniaya.

  [An Nisa'(4):3]


Cuba fahami dari ayat al-Quran tersebut.

ADIL.

Tak salah berpoligami.Namun adilkah kalian? 
Ramai yang menegakkan benang yang basah.Bila mengatakan , dah bosan dengan isteri pertama.
Kalian tak kasihan dengan isteri pertama kalian?
Penat menjaga makan pakai..melahirkan zuriat kalian.
Tupp..tupp.. kebahagiaannya akan berkongsi dengan wanita lain..
Tetapi diingatkan,Kebahagiaan didunia hanya pinjaman..

Bicara kalian..Poligami itu suatu SUNNAH . Ya , Dy tidak menidakkan . 

Namun,
Amal-amal lain kalian dah buat?
 Cukup solat? 
Mampu melayan kerenah para isteri?
Mampu membimbing mereka?
bersedia segi mental dan fizikal?
dan seumpamanya..

Jika kalian rasa tak mampu bersikap adil.Silakanlah berkahwin seorang wanita sahaja.😣

Buat wanita nombor dua..
Aku faham perasaan kalian.Tak pernah terlintas cita-ii kalian ingin hidup bermadu.dan aku tahu Bukan semua yang bersikap jahat.Ramai je yang bersikap baik.Sanggup melihat suami melebihkan isteri pertama.. melayan dengan baik dan menghormati madu pertamanya..
Sebelum kalian  berkahwin dengan suami orang.Korang faham tak apa yang aku rasa? Bila kita rasakan mungkin hati wanita lain akan terluka,hati akan lebih kuat mengatakan jangan teruskan hubungan tersebut.Apalah guna  jika kita bahagia diatas penderitaan wanita lain kan?kita sama wanita.Pasti faham...Seandainya kalian memang Allah dah tetapkan jodoh,terimalah takdir dengan terbuka.Ketahuilah,jika kalian berlapang dada..Semuanya akan manis walau kadang terasa pahit.

Tipulahkan isteri tak cemburukan? Namun,sentiasalah bersikap tolak ansur.Lama-kelamaan pasti reda tu datang.Jangan berhenti berdoa kepada Allah.
Si suami pun kenalah bijak memainkan peranan.. Berlakulah ADIL..


Sebelum kalian ingin berkahwin ..Mintalah petunjuk dari Allah.Lakukan solat istikarah,Insyaallah..ia sebaik-baik jawapan.

Nak kata banyak cabaran hidup bermadu? setiap rumahtangga memang banyak cabaran walau tidak bermadu sekalipun.

~Aku tidak menolak poligami tetapi tidak pula mengharapkan ia berlaku~

P/s Sekali lagi dy meminta maaf,jika ada mana-ii pihak terguris hati..

Tarikh keputusan STPM SEM 2 semakin dekat!

Assalamualaikum wb  Hahhh..dah makin dekat weyh tarikh result nak keluar..minggu depan je lagi. Hope,lebih baik dari sem1 lepas. Nak cer...